Tuesday, April 27, 2021

DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA.


SALAM PERKENALAN.
NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA 
                                      (MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

AHLI KUMPULAN :

NAMA : NUR ILYA IZZATI BINTI ABD AZIZ
NO MATRIKS : 14DAT20F2027
BERASAL : MERU, KLANG.


NAMA : NUR SYAFIKAH BINTI OMAR BAKI 
NO MATRIKS : 14DAT20F2035
BERASAL : RAWANG, SELANGOR.


NAMA : AISYAH BALQIS BINTI MOHAMED ISHAK
NO MATRIKS : 14DAT20F2039
BERASAL : KULAI, JOHOR.


NAMA : JANNATUL ADNIN BINTI ROSNIZAM
NO MATRIKS : 14DAT20F2025
BERASAL : PULAU PINANG.



DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA.

https://youtu.be/dZjuSeIvdy4



MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN.

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan.Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan negara akan bergolak setiap masa. Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam  keadaan bergantung kepada bantuan luar.Kanak-kanak perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan tidak terpisah daripada kehidupan betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini.



USAHA DAN STRATERGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN.

Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha dan stratergi untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national di dalam negara. Usaha ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial. 






 1) Politik.

Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), " Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen ialah mendapat galakan daripada British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang kepada penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. "Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.  

Menurut Prof Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) " satu cara untuk mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihanraya. " Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti poiltik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina, dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum seperti sikap berat sebelah. 




2) Ekonomi.

Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. (DEB) mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja dipelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hak milik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat memilik sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik tersebut. "Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar bagi menggerakan rakyat untuk bersatu padu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan berfungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi disamping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.




 3) Sosial.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara.Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip RukunNegara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka kearah perpaduan intergrasi nasional. 




CABARAN DAN CARA MENGATASI MASALAH PERPADUAN KAUM.

    


Cabaran pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan jurang perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=f83feEFQ_rc

Bagi mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di dalam satu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini.  Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.





Cabaran kedua adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi nasional.

    


Bagi mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Antaranya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.



                                           

Halangan terakhir adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.




Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat.


KESIMPULANNYA :

Kesimpulan yang boleh disimpulkan dalam tajuk ini kerajaan negara kita telah berusaha sebaik yang mungkin untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat tidak mengira bangsa atau agama. Kita sebagai rakyat pula haruslah memberikan kerjasama untuk menjayakan usaha kerajaan tersebut. Apabila bekerjasama,kesan dari kerjasama tersebut memberikan banyak kesan yang baik kepada kita mahupun rakyat ataupun kerajaan. Antara kesan baik tersebut dapat menjaga keharmonian negara dan secara tidak langsung mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969.Akhir sekali,kita sebagai rakyat mestilah sentiasa bersyukur supaya negara sentiasa dalam keadaan harmoni.





  RUJUKAN :

-https://images.app.goo.gl/kg6KV15df9ZHnXT6A

-https://images.app.goo.gl/DU4wPDvxFGreoK4t6

-https://youtu.be/dZjuSeIvdy4

-https://www.youtube.com/watch?v=tl2N8LgFyYc

-https://www.youtube.com/watch?v=VOSN6LsMVTc

-https://www.youtube.com/watch?v=0EZ5tUQnftY

-https://www.youtube.com/watch?v=f83feEFQ_rc

-https://www.youtube.com/watch?v=cRqHYj_Ji6w

--https://www.youtube.com/watch?v=VMr3Dyc5IYc

--https://www.youtube.com/watch?v=DVE5JLBWeF0

-https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html#Cabaran_Dalam_Mengekalkan_Perpaduan_Kaum_Dan_Langkah_Mengatasi

-http://anyflip.com/nuxho/xnuj/basic

-https://www.slideshare.net/mobile/ChinWei1/usaha-dan-strategi-yang-diambil-oleh-kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-inter

-https://www.slideshare.net/mobile/aswanina/usaha-yang-dirangka-oleh-kerajaan-untuk-memupuk-perpaduan



   

    

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terbaikkk ! isi padattt & mudah difahami !! ❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Ulasan yang menarik berserta contoh lengkap👌

    ReplyDelete
  4. bagus...huraian banyak. Boleh buat rujukan...

    ReplyDelete
  5. Penerangan yang jelas info yang menarik 👍👍

    ReplyDelete
  6. mudah difahami , isi mantappp

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. seronok untuk dibaca dan mudah difahami

    ReplyDelete
  10. Isi yang jelas senang difahami Dan kemas

    ReplyDelete
  11. Isi yang padat dan mantap 👍✨

    ReplyDelete

DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA.

SALAM PERKENALAN. NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA                                        (MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN P...